El Azman
Pengasas ELRAH · 3 September 2026 · Facebook
Saya nak tanya orang Kelantan satu benda…
Kalau RM50 daripada kita boleh bantu hidupkan semula bola sepak Kelantan, korang sanggup tak?
Saya tengah fikir nak buat sesuatu.
Saya ada lebih kurang 20,000 helai Baju Melayu ELRAH stok lama. Daripada saya simpan, saya terfikir nak jual semuanya dengan harga RM50 sehelai untuk satu JUALAN AMAL BOLA SEPAK KELANTAN.
20,000 helai × RM50 = RM1 JUTA
Saya tahu RM1 juta mungkin tak mampu selesaikan semua masalah. Tapi sekurang-kurangnya kita tak duduk tengok sahaja.
Saya tak nak salahkan sesiapa. Saya tak nak cari siapa betul, siapa salah.
Saya cuma tak sanggup tengok bola sepak Kelantan mati.
Kalau kita boleh habiskan 20,000 helai ni bersama-sama, biarlah RM50 itu bukan sekadar harga sebuah Baju Melayu. Biarlah RM50 itu jadi tanda bahawa orang Kelantan masih peduli.
Seorang beli satu.
20,000 orang berdiri bersama.
Ada 20,000 orang tak yang sanggup berdiri bersama saya? Kalau ada, kita buat.
Bukan untuk saya.
Bukan untuk ELRAH.
Untuk bola sepak Kelantan. ❤️⚽
Kita bangkit sama-sama.
Kita bina balik.
Kita buat sampai jadi.
Komen · 5.7K